Thursday 31 March 2011

Klinik Asas Bola Keranjang

Siri klinik asas bola keranjang telah dimulakan sebaik sahaja selesainya kejohanan bola keranjang HKSBP 2011. Dengan memberikan fokus utama kepada kemahiran asas kawalan bola, klinik dan latihan ini dibantu oleh bekas-bekas pemain bola keranjang Intesaber .


90% adalah pelatih baru dan pastinya ini memerlukan usaha yang berterusan dan bersistem untuk memastikan segala kemahiran asas berjaya dikuasai oleh para pelatih.




Syabas dan setinggi penghargaan buat para pembantu jurulatih yang turut sama membantu para pelatih ini . Moga usaha dan kerja baik kalian akan menjadi amal dan ilmu bermanfaat disisi Allah. Amin ...

Wednesday 23 March 2011

Wira Intesaber

Tahniah, tahniah dan tahniah buat Hafizudin dan Khawarizmi atas kejayaan memperolehi semua A dalam SPM lalu. Diharapkan kejayaan ini akan membakar semangat semua pemain bola keranjang 2011 yang bakal menduduki SPM hujung tahun ini.

Kejayaan kalian mengingatkan ustaz kepada saudara Irfan yang menjadi pelajar terbaik SPM dan pemain bola keranjang terbaik intesaber ....

Friday 11 March 2011

Lagi Aksi HKSBP Zon Tengah 2011

Masih dalam proses pengumpulan semula foto-foto kejohanan bola keranjang HKSBP Zon Tengah 2011 Intesaber ..... harap terus sabar menanti. Sedang diusahakan untuk memaparkan seberapa banyak aksi pemain di blog ini.











Wednesday 9 March 2011

JUARA Bola Keranjang HKSBP Zon Tengah 2011

SAH dan pasti JUARA Bola keranjang HKSBP Zon Tengah 2011 di SBPI Sabak Bernam adalah
2 pasukan pilihan bagi setiap kategori masing-masing.

JUARA LELAKI : SM SAINS HULU SELANGOR ( SEMASHUR )
NAIB JUARA : SM SAINS KUALA SELANGOR ( KUSESSS)


JUARA PEREMPUAN : SEKOLAH SERI PUTERI ( SSP )
NAIB JUARA : SBP INTEGRASI GOMBAK ( INTEGOMB )




TAHMIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PASUKAN YANG BERJAYA, CUBA LAGI YANG
MASIH BELUM BERJAYA .

AKSI di sebalik tabir


Tenang ketika menjalankan tugas walaupun dibawah pancaran sinar mentari yang terik


Fokus dan penuh berdidikasi





penyokong setia yang akan tetap setia





Begini caranya yang betul ya ...


HKSBP Zon Tengah 2011 Separuh Akhir

Alhamdulillah perlawanan separuh akhir dapat dijalankan dengan lancar. Akhirnya keputusan yang dinantikan telah terjawab. Perlawanan Akhir HKSBP Zon Tengah 2011 akan menemukan
pasukan pilihan SEMASHUR dengan KUSESS bagi kategori lelaki manakala kategori perempuan antara SSP dan INTEGOMB pada hari terakhir kejohanan



Sayabas dan tahniah kepada semua pasukan yang melayakkan diri ke peringkat kebangsaan untuk edisi ke 38 tahun 2011 ini.

Lagi Aksi Pemain Bola Keranjang

Setiap pemain pasti mengimpikan aksi-aksi menarik seperti ini untuk dipertontonkan. Selamat mencuba sendiri ...






Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best CD Rates